School Info

LAGU SEKOLAH


Kami Pelajar SMTM Site ‘C’
Bersemangat Sepenuh Hati
Berusaha Gigih Hingga Berjaya
Mencapai Cita-Cita

Kami Pelajar SMTM Site ‘C’
Berikrar Dan Berjanji
Berpegang Kepada Rukunegara
Agar Hidup Mulia

SEJARAH SEKOLAH


Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah Site “C’ telah ditubuhkan pada tahun 1965 sebagai sekolah menengah rendah dan dikenali dengan nama Sekolah Menengah Rendah Tanah Merah Site ‘C”. Dari tahun 1965 hingga 1969, sekolah ini terpaksa beroperasi di Bangunan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina )Tanah Merah Site ‘C’. Persekolahan dijalankan pada waktu petang. Bilangan pelajar pada ketika itu hanya berjumlah 80 orang dengan 7 orang guru. En. Lee Chee Peng adalah pengetua pertama di sekolah ini.

Setelah lima tahun beroperasi di bangunan SRJK( C ) TANAH MERAH Site ‘C’, akhirnya pada tahun 1970, sekolah ini telah berpindah ke lokasi sekarang yang terdiri dengan 9 bilik darjah, satu blok bengkel dan sebuah kantin.



Sekolah ini telah dipimpin oleh pengetua ke-5 iaitu Pn. Tay Guet Pooi mulai bulan November 1995. (Ambil alih daripada En. Khoo Yee Liew). Dengan bilangan pelajar yang semakin ramai, sekolah dua sesi telah dimulakan pada tahun 1997.

Satu bangunan yang mengandungi pusat sumber, bilik perpustakaan, makmal Sains Tulen (Fizik, Kima,dan Biologi) dan bengkel Kemahiran Hidup telah dibina pada tahun 1998. Makmal komputer didirikan pada tahun 2008. Dengan pembinaan sebuah lagi bangunan baru yang menempatkan pejabat dan 10 buah kelas pada tahun 2000, persekolahan satu sesi telah dimulakan pada bulan Februari 2001. Pada bulan Mac 2002, Makmal Bahasa telah mula beroperasi untuk membantu dalam Pengajaran dan Pembelajaran BM dan BI. Bilik- bilik Khas yang lain seperti Bilik SALC, Bilik Kuliah , Bilik Gerakan, Pavilion, Galeri Sejarah telah mula didirikan sejak 2002.

Mulai tahun 1997, pihak sekolah telah memperkenalkan program komputer bernama Program Komputer Peringkat Rendah dan Program kendali Komputer Peringkat Atas untuk tujuan menganalisis markah peperiksaan. Program ini telah dicipta oleh En Hoo Wee Chuan Pengetua Sek Men Keb Air Putih. Pelajar mula menerima slip keputusan peperiksaan dan bukan buku kad kemajuan (Report Card). Mulai tahun 2002, program SIMPLE (Sistem Integrasi Maklumat Pelajar) yang dicipta oleh En. Charlie Chan dari SMK Samsudin Nain digunapakai. Sejak 2007, sistem Analisis Peperiksaan yang diperkenalkan oleh Jabatan Pelajaran NS mula digunakan.

Sejak November 2004, Pn Hajjah Normah bte MD Tahir telah menjadi Pengetua SMK TM SITE “C”. Kebanyakan bilik-bilik dan bengkel telah dinaiktaraf, termasuk tandas pelajar dan juga bangunan sekolah telah dicat semula. Bengkel- bengkel di bawah Bidang Vokasional dan Teknologi telah Anugerah Akademik Terbilang peringkat NS, 2007. SMKTM Site C juga menjadi juara Pertandingan Sekolah Selamat peringkat NS, 2008. Dalam bidang kokurikulum SMKTM Site C sentiasa mencatat keputusan menbanggakan dalam permainan bola keranjang dan ping pong. Dari segi keputusan PMR 2007, 3 orang calon mendapat semua A, manakala PMR 2008 mencatat 4 orang calon semua A. Keputusan ini begitu membanggakan bagi sekolah-sekolah bertaraf luar Bandar.



Untuk 2009, sekolah mempunyai lebih 1000 orang pelajar, 64 orang guru dan 3 orang kaunselor, 34 buah kelas telah dibuka. Jawatankuasa induk terdiri daripada Pengetua, Guru Penolong Kanan Akademik, Guru Penolong Kanan HEM dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum.

LENCANA SEKOLAH




Bentuk daun yang terbuka melambangkan buku dan membawa maksud pelajar sentiasa menimba ilmu. Obor di dalam yang berbentuk bulatan melambangkan kegiatan kokurikulum yang sama penting dengan percapaian akademik. Obor melambangkan semangat kesukanan pelajar SMKTM. Roda yang bergigi di bawah melambangkan pelajar SMKTM juga menonjol dalam bidang Sains dan Teknologi. Semua ini terletak di dalam perisai yang menggambarkan kekuatan mental dan emosi pelajar.



Warna-warna yang dipilih adalah warna Negeri Sembilan. Warna hitam melambangkan pelajar SMKTM terdiri daripada berbilang kaum. Warna merah melambangkan keberanian pelajar melibatkan diri dan berjaya dalam semua bidang. Kuning yang menjadi warna Di Raja melambangkan kemakmuran yang dinikmati olen rakyat Negeri Sembilan di bawah payung Baginda.

COGAN KATA SEKOLAH


“Pengetahuan Itu Kemajuan”

Cogan kata ini bermaksud Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah Site ‘C’ sebagai sebuah intitusi pendidikan akan berusaha melahirkan pelajar-pelajar yang berpengetahuan dengan ditunjangi oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh kemajuan diri sendiri, sekolah dan negara.

Falsafah SMKTM


Pelajar SMKTM Site ‘C’ mempunyai kebolehan dan potensi untuk berkembang maju dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Matlamat ini tercapai melalui penyuburan potensi pelajar daripada pengembelengan tenaga para guru secara bersepadu bahawa mendidik itu adalah satu ibadah.

MISI SEKOLAH


MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN BERKUALITI


VISI SEKOLAH


SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG